Tuesday, 13 November 2012

Tambah Admin atau Author (Penulis Jemputan) ke Blog Anda

Filled under:


Kadang kala anda perlu menambah Admin atau Author untuk blog anda; antaranya tujuannya adalah untuk menjemput rakan-rakan anda untuk membuat posting di blog yang sama (blog anda), untuk memindahkan blog anda ke akaun yang lain, memerlukan khidmat pakar untuk mengggubah blog dan juga menukar pemilik blog tersebut.

Berikut adalah panduan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi menambah Admin atau Author ke blog anda:


1. Setelah log masuk, di Dashboard --> Settings --> Permissions. 

2. Klik "Add Authors". 
3. Taip alamat emel admin atau author yang anda jemput. 
4. Author/Admin perlu Accept jemputan anda terlebih dahulu di emel yang digunakannya bagi menyertai blog anda. 
5. Setelah jemputan anda diterima --> kembali ke Settings --> Maklumat Admin/Author akan tertera di bahagian Blog Authors anda.

0 komen:

Post a Comment