Sunday, 13 October 2013

Eksperimental: Wajah Purba

Filled under:


Ekspresi orang Jepun ketika menarik batu Istana


Oleh grafikraf19:12

Tuesday, 8 October 2013

Folio: Penjenamaan Blog Like Selections

Oleh grafikraf21:11

Sunday, 22 September 2013

Folio: Ilustrasi Kulit Album Encik Mimpi

Filled under: ,


Kulit Album Artis Muzik Youtube tempatan; "Encik Mimpi"


Oleh grafikraf20:48

Wednesday, 18 September 2013

Pasang Komen Facebook

Filled under: ,




Saban hari, Facebook telah melancarkan banyak plugin sosial khususnya untuk blogger dan pembangun laman web dan "Kotak Komen Facebook" merupakan salah satu plugin yang terbaik yang telah dicipta.

Bagi mereka yang inginkan topik perbualan/ produk mereka dikongsi, merentasi pelbagai platform media sosial di internet, ianya pasti merupakan satu keperluan. 

Anda bagaimana? klik untuk maklumat lanjut...

Oleh grafikraf06:26

Wednesday, 24 July 2013

Eksperimental: Pentas Yamato

Filled under:



Ahli Gendang di Wilayah Miyagi

Oleh grafikraf03:07

Monday, 22 April 2013

Aku Rasa Cantik

Filled under: ,


‘Cantik’ adalah sifat benda/perkara yang boleh didefinisikan sebagai ‘sedap mata memandang’ atau ‘indah’ atau ‘lawa’ mengikut apa yang dilihat (mata)/ didengar (telinga)/ dirasa (hati). Contohnya, kalau orang yang cantik disebut juga ‘lawa’, kalau pemandangan yang cantik, disebut ‘indah’. Begitu juga jika mendengar alunan muzik dan lirik yang cantik, juga disebut indah. Semuanya ‘sedap mata memandang’.

Cantik yang didefinisikan dari perspektif subjek (pelaku) dipanggil subjektif; penilaian berdasarkan kecenderungan subjek (pelaku) yang melihat atau mendengar atau rasa. Sifat subjektif ini cenderung kepada kualitatif (hanya boleh dinilai)

Sifat objektif adalah lawan kepada sifat subjektif. Ia bermaksud penilaian berdasarkan objek/perkara itu sendiri. Objektiviti biasanya cenderung kepada kuantitatif atau boleh diukur. ‘Cantik’ biasanya tidak dikaitkan dengan ‘sifat objektif’ kerana ia sifatnya tiada ukuran khusus.

Namun begitu, secara umumnya apa yang dianggap ‘cantik’ disebabkan orang/perkara/benda tersebut tidak mempunyai cacat cela baik dari segi fizikal mahupun fungsi. Pemahaman umum begini biasanya bersifat objektif; penilaian berdasarkan dua ukuran, samada tiada atau ada cacat cela. Dengan kata lain, cantik membayangkan sifat kesempurnaan.

Oleh grafikraf17:43

Friday, 19 April 2013

Eksperimental: Kamu, Kamu, Kami.

Filled under:

Kamu + Kamu

Oleh grafikraf00:53

Sunday, 31 March 2013

Folio: Penjenamaan Blog Kritikal


Sebelum

Oleh grafikraf22:45

Tuesday, 26 March 2013

Membuka Fitrah Kreativiti

Filled under: ,


Tiada definisi yang tepat dalam memaknakan kreativiti.Walaupun pemahaman dan pemikiran 'kreativiti' itu sudah lama dibincangkan dan dibahaskan tetapi masih ramai penyelidik dan tokoh akademik cuba mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Sederhananya kreativiti bukanlah suatu konsep yang bersifat konseptual dan teoritikal. Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan kreativiti dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.” Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, arkitek, peniaga, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan.

Oleh grafikraf12:55

Sunday, 24 February 2013

Folio: Blog Icos-Rent A Car Penang

Oleh grafikraf08:39

Monday, 18 February 2013

Eksperimental: Sinar airMU

Filled under:


Air terjun Beruas

Oleh grafikraf09:23

Monday, 4 February 2013

Folio: Ilustrasi Buku Rainforest

Filled under: ,


Ilustrasi buku (Lukisan tangan)




Oleh grafikraf22:46